BAB
2
Dengungan kuat di telinga buat aku terus terjaga
sambil tenyeh-tenyeh mata. Duduk sebelah tingkap dan buka penutup tingkap kapal
buat mata aku silau. Okay sangat terang. Oh…ohh…aku rabun silau. Oh dah pagi
rupanya. Tengok jam di tangan dah pukul 7.30 pagi waktu Korea. Pesawat dah pun
masuk ruang udara negara Korea dan kejap lagi akan mendarat di lapangan terbang
Incheon. Aku dah teruja punggung dah kebas, tak sabar nak bangun. Tangan ni pun
dah mula nak menconteng buku catatan sepanjang perjalanan dan percutian aku di
sini nanti. Nampak tak kejakunan di situ. Masih dalam kapal lagi ni entah apa
la yang aku dah mengarut di dalam buku tu. Bahasa dah campur dengan Melayu,
Korea, English. Lantaklaahh..Buku aku juga. :p
Aku toleh sebelah ahjumma dengan
husband dia masih lena lagi dibuai aircond kapal.. aku dah kejang dah sebab
bayangkan dalam kapal selama 10 jam bahagian badan mana yang tak penat. Haha
okay dengan lemah lembutnya aku kejutkan ahjumma tu nak bagitau yang kapal dah
pun selamat mendarat. Ahjumma tu senyum malu-malu pula sebab aku ternampak
adegan manis dia dengan husband yang comel tu. Ala nak malu apa, ahjussi tu
just kiss forehead je untuk morning kiss muka ahjumma tu dah merah gila. Hehe
aku tak kisah pun. Sweet apa kan. Mungkin dorang ingat aku akan pandang pelik.
Tapi dengan selamber je aku cakap dengan makcik tu tak apa sebab sangat
romantic. Ohooo muka ahjumma tu lagi tambah merah bila aku cakap macam tu. Hehe
Tapi couple ni sangat baik, siap
tanya tujuan aku datang Korea nak buat apa, ada kawan ka tidak, tinggal di mana
nanti. Masa ni aku rasa nak nangis je sebab tiba-tiba teringat parents aku.
Baru je berapa jam tinggalkan Sabah / Malaysia, aku dah rasa sebak. Tapi boleh
kawal lagi riak muka depan couple ni. Dalam masa yang singkat aku dah jadi
rapat dengan dorang, bila aku dah borak tujuan datang sini, saja nak bercuti
sebab hadiah untuk diri sendiri dah habis belajar. Dorang agak terkejut juga la
sebab aku datang sorang tak ke takut sesat nanti sebab 1st time
datang, tapi aku cakap jangan risau sebab ada kawan dah tunggu ambil kat
airport. bila dah puas hati dengan jawapan aku, baru dorang angguk setuju dan
tak risau. Okay sapa yang tak tersentuh dapat layanan macam tu. Baru jumpa dah
concern kan macam aku ni anak dorang pula. Hahaha. Ahjumma tu siap bagi nombor
telefon, dan alamat untuk aku kalau ada masa terluang nanti boleh jumpa lagi.
Nice, right?
Aku tak jangka pun berlaku sesuatu
yang interesting. Dan yang bestnya, dorang terang-terang dah anggap aku macam
anak dorang. Ehei, kalau ni macam sapa yang tak happy? Baru je sampai Korea,
dah jumpa orang yang sangat baik. Sempat bergambar dengan dorang lagi sebagai
kenangan supaya aku tak lupa muka mereka. Itu pesanan ahjumma tu kat aku. Ye..ada
masa aku akan pergi juga lawat tempat dorang. Bukan jauh mana kat area Seoul
juga.
Keluar je dari balai ketibaan, aku
dengan sweet couple dah perpisah. Dorang dah ada hal yang nak dibuat sesampai
je di Korea. Aku pula masih menunggu barang-barang, bagasi aku kat kawasan
kutipan beg. Terpacak sorang, aku tengok sekeliling, aku tambah jakun. Dengan
kesesakan orang yang sangat ramai. Dalam hati aku cakap ni ramai mesti sebab
morning flight. Memang tak heran kalau ramai orang kat airport ni. Kat satu
sudut tak jauh dari tempat aku berdiri, aku ada perasan mata yang macam sedang
scan aku satu badan. Ah sudah kenapa aku rasa lain macam?? Aku tengok kiri
kanan tak ada pula yang mencurigakan. Sambil menunggu, aku pun sambung la balik
dengar lagu kat iPod. Tapi orang sebelah tengok lain macam je. Okay aku perasan
aku sedang buat mini konsert di situ. Haha dah sumbat telinga dengan earphone,
aku memang di dunia sendiri dah. Dengan muka blushing aku bow kat dorang tapi
nasib baik dorang tak ambik kisah sangat.
Hei
senangnya dalam hati…Berjaya akhirnya jejakkan kaki ke Korea. Tempat yang
paling dinanti-nanti untuk dilawat.
Patut sujud syukur ni tau..hehe hatiku bermonolog.
Lepas dah
dapat bagasi, kotak-kotak berharga aku sorong troli dan dengan tersengih macam
kera baru kena cium aku melangkah keluar dari balai ketibaan sambil mendengar
lagu.
Only one
shot…only shot.. Ireul kkwak mulgo deombyeodeureo~ Bang! Aduh…apa pula ni? Aku baru
nak feeling drama kat airport ni.. sambil mataku memandang hadapan. Sebuah
passport dengan cantik sedang mendarat di atas kaki ku dengan pelbagai barangan
peribadi berselerak. Casing handphone, dompet, buku diari bertaburan.
Alamak…aku
langgar orang ke? Aku tunduk melihat passport di atas kasut. Apa nak buat ni?
Sapa yang aku langgar? Nak cakap apa? English ke Korea? Macam-macam dah yang
negatif aku fikir. Takut kena marah, jatuh saham.. dahla kat airport pula ni
banyak orang..Oh tidak~ ~
Tolong
aku . . . .
Aku
dapat rasakan banyak mata yang sedang mendarat kat aku. Dapat feeling yang
keadaan sangat chaotic sekarang, riuh rendah, suara-suara menjerit sana-sini. Terdetik
aku fikir kalau keadaan macam ni selalu bila ada artis Kpop dating airport
(sebab dah tau suasana airport macam mana bila ada fans menjerit sebab artis datang).
Dengan rasa bersalah passport di kasut aku kutip dan perlahan-lahan mendongak
ke atas. Okay jaw drop. Passport yang aku pegang terlepas jatuh balik ke
lantai.
Dengan
mata tak berkelip, aku tengok je orang kat depan aku sekarang yang tengah
tunggu passport dia yang tejatuh. Aku kutip balik, dan dengan tangan yang
sedikit menggigil aku serahkan passport tu kat dia. Mianhae..I’m sorry, Yongguk
ssi. DENG!!
Dah
dapat teka kan sapa yang aku langgar tu? Tau kan sapa yongguk? Atau nama betul
BANG YONGGUK!! Oh no.. Aku rasa kat atas kapal tadi aku bernasib baik jumpa
orang yang ramah, dan dalam masa yang sekejap aku dah timbulkan masalah. Boleh pula
masa ni aku bertembung dengan kumpulan B.A.P. Aku mimpi ke? Aku tengok kat
belakang ada ahli yang lain yang mata pun tengah melekat tengok aku. Daehyun,
himchan, Joungup yang baru keluar dari pintu imegresen… aku tak tau nak buat
reaksi macam mana. Aku sedar yang fans masih tak nampak apa yang jadi sebab
telindung dengan dinding. Sekali lagi aku bow minta maaf dengan Yongguk, kutip
casing handphone dengan buku yang dah bertaburan tu.
Okay,
bagus Mai…lepas ni ko nak buat apa? Melutut minta maaf? Sebab aku tengok reaksi
muka Yongguk kosong je tengok aku. Jadi aku tak tau dia marah aku ka tidak,
okay ka atau ada nak cakap something.
Are
you new here? You know me? Zzzzztt! Aku rasa
macam baru lepas kena renjatan elektrik bila dengar soalan tu. Soalan yang
keluar dari mulut si tinggi ni. Aku salah denat tak?? Aku nak balas apa pula? Dia
tanya aku English, nak jawab English juga? Disebabkan aku dah boleh cakap
korea, bantai jela cakap dengan dia.
*anggap
jela conversation yang dalam melayu tu adalah korea, konon dah lancar kan*
Eh,
mana tau saya baru lagi kat sini?? Awak memang artis kan, ada nampak muka
keluar kat majalah, Tv. Sapa tak kenal B.A.P? Boleh pula aku nak melawak bodoh
dengan artis. Berani sangat ko Mai. Aku sengih buat muka tak tau malu. Ni mesti
sebab nampak kat troli ni banyak barang sebab tu tanya macam tu eh? Aku tanya
balik kat dia. Senyap pula mamat ni. Toleh kat jam baru sedar aku dah lambat
Linda mesti dah tunggu kat luar. Respon dari si tinggi ni pun lambat dia macam termenung
khayal apa benda entah la aku tak tau. Aku tarik hujung jaket dia baru dia
tersedar balik.
Saya
nak minta maaf la sebab terlanggar tadi. Mungkin sebab troli ni berat sangat
jadi tak perasaan saya hilang kawalan nak break tadi sampai bersepah barang
terlanggar awak. Maaf ye. Ada apa-apa nak dimarah ke? Tapi sebab saya tengah
kejar masa sekarang kawan dah tunggu kat luar kira selesai la ye. Boleh?
Yongguk is a nice leader, right? Sambil wink kat dia supaya bagi aku lepas. Aku
nak cepat ni.. Yongguk boleh pula lagi nak pandang member lain tanya apa nak
buat. Haisshh.. dorang ni mesti ada hal lagi saja ja nak bagi lambat. Tapi nasib
la manager dorang bagi signal kat aku yang aku dah boleh pergi. Dengan kelam
kabut, aku seluk poket ambik coklat kisses yang ada lebih bagi kat tangan Yongguk.
Dengan muka pelik, dia tengok apa kat tangan dia. Ni je yang saya ada. Jangan marah
ye. Saya pergi dulu. Habis je bisik kat dia OK cepat je aku tolak troli keluar
dari situ, nak pandang belakang aku dah tak mampu. Nak jadi apa, aku tak nak
ambik tau. Sorry B.a.p.. nasib peminat tak nampak apa jadi.
Sampai
kat luar, aku dah spot sorang perempuan yang dok pegang banner nama aku. Oh itu
Linda. Amboih, lama tak jumpa, dengan semangat tulis nama aku besar gedabak. Dah
lupa muka aku la tu. haha Linda pun tak banyak berubah, masih macam yang aku
kenal dulu, Cuma tambah putih je. Aku pula suka hati je dia cakap makin tembam.
Nasib aku mengaku yang aku memang chubby sikit. Akhirnya aku rasa lega bila dah
jumpa orang yang aku kenal kat sini. Perkara yang baru je berlaku tadi tu harap
tak la kecoh. Linda pun terkejut bila aku bagitau apa yang jadi, dan tak
percaya rezeki aku datang sini awal lagi dah jumpa artis Kpop walaupun
berselisih je. Kami bukan hardcore Babyz tapi layan juga lagu BAP, tau ahli
member dorang, dan sebenarnya Yongguk tu antara ahli yang aku minat juga sama
dengan Daehyun, Himchan. Arrghh! Lupakan la apa yang jadi. Nasib la boleh control
perasaan fangirl sebab rasa bersalah sangat. Kalau lagi lama stay kat sana tak
tau apa yang jadi lagi.
Sekarang
aku just nak rehat, lelapkan mata lagi dalam suasana yang tenang, selesa. Linda
pula faham keadaan aku yang masih jet lag suh aku tidur sementara dia memandu sampai
ke apartment tempat dia tinggal. Kesian juga bila dia borak sorang. Aku dah tak
terlayan lagi apa yang dia tengah membebel aku dengan mata berat terus
terlelap. Aku terjaga balik kitotang dah sampai kat Seoul, area apartment Linda
kat Gangnam, area bandar. Linda cakap kat kawasan ni selesa nak tinggal, banyak
kemudahan yang senang guna lagi-lagi untuk yang baru pertama kali datang sini. Aku
pun angguk jela apa yang Linda terangkan. Apartment Linda pula mak aih tinggi,
macam bangunan kat KL juga yang leher pun boleh penat kalau nak mendongak lama.
Tinggal pula kat tingkat 10, okay aku boleh kurus naik turun tangga kalau lif
rosak. Hari pertama di Korea aku hanya nak berehat je. Satu badan kepenatan
yang perlukan perhatian untuk kembali energetic.
Will
something interesting would happen? Untuk catatan pertama di korea yang aku
tulis di buku. Just wait and see Mayra.
No comments:
Post a Comment