BAB
3
Masuk hari kedua di sini, Linda bawa aku
meronda-ronda kawasan sekitar yang berdekatan dengan rumah. Linda bagi tunjuk
tempat, ajar macam mana naik Subway atau train, nak guna T-Money bila kat
station nnt, banyak lagi.. dan nasib aku jenis yang cepat ingat jalan, kenal
nama tempat jadi tak susah untuk linda ajar aku. Sekali lalu dah boleh ingat, cuma bila guna subway banyak station aku kena belajar tu slowly.
Hari
ni juga Linda bawa aku jalan-jalan kat sekitar kawasan university dia belajar.
KONKUK UNIVERSITI. Ohooo… Dalam fikiran aku, Dongwoon, Dongwoon..nak jumpa si
maknae tu…haha tapi harapan sampai ke petang melawat tak juga jumpa. Tengah
sibuk dengan Beast la tu. Tapi university ni best…rasa gatal pula hati nak
study kat sini. Nanti tanya Linda la apa kursus yang best kan sini, kot aku
terkenan, sesuai dengan aku, boleh apply. Ahh.. angan-angan lagi aku ni. Baru
dua hari dah fikiran jauh ke depan. Malam pula Linda bawa aku ke tempat kerja
sambilan dia kat syarikat yang terlibat dalam advertising untuk artis Korea kat
sini. Bila sampai hati aku tercuit tengok poster artis yang ada. Besar biji
mata ni scan satu-satu. Kiranya Linda ni untung sangat la kerja kat sini
walaupun sambilan. Ada juga artis terlibat dalam company dorang ni, buat iklan.
Tapi Linda kerja bahagian editing dan design jadi jarang sangat jumpa artis
yang dia suka. Nasib la ko Linda. Dapat tengok poster pun dia dah boleh senyum
lebar. Kawan sekerja dia ni semua ramah, baik, boleh sekepala sekelip mata je.
Minah sorang ni pantang bagi peluang memang ada je bahan nak kenakan aku.
Mentang-mentang la aku pernah cakap kat dia nak cari BF mamat korea, dah sebok
nak kenen-kenen match maker kan aku dengan kengkawan dia. Hello Beast, Block B
aku nak letak kat mana. Hukalohh..tapi kawan-kawan dia pun comel juga.
Dahla
aku ni pantang Nampak yang bila senyum mata hilang, mula la nak cair. Haip Mai,
kawal diri. Dorang pula kecoh nak offer kerja kat aku. Sudah…aku dah pening
kepala ni. Bagi la aku enjoy dulu vacation, nanti aku fikir, sebab nak sedapkan
hati dorang ni. Tapi dah macam ada je rezeki aku kat sini kan. Hehe takpa
jangan gelojoh. Berjalan sehari dengan minah becok ni buat aku tak sedar yang
kitorang balik rumah lambat. Beli barang kat kedai sebab Linda ni dah tak sabar
nak rasa air tangan makanan Malaysia. Orang dah mengidam kena la juga buatkan.
Habis penuh satu peti ais tu dengan barang makanan. Yang rasa heaven sangat dah
la dua-dua kuat makan. Nampaknya seminggu sekali beli barang kat kedai. Haha
kopek la ko Linda.
Walau
pun banyak bahan masakan yang agak jauh berbeza banding kat Malaysia, Nasi
kuning, asam pedas ikan merah dan sambal cili siap terhidang depan mata. Linda
dengan muka dah macam harimau nampak daging meluru je terus menikmati hidangan.
Sudahnya, licin pinggan dan mangkuk. Hehe kalau bagi jiran kat sebelah
rasa-rasa ada permintaan lagi lepas ni. Oh ya Linda ada bagitau, jangan je
terkejut bila lalu lalang kat kawasan sini nampak artis sebab ada juga yang
tinggal kat kawasan berhampiran. Aku dah teruja dengar, nak tahu siapa, tapi
Linda dengan amanahnya tak nak bagitau. Rasa siapa la artist tu kan? Beast ke?
Haiih dalam kepala ni asyik fikir pasal Beast je, lagi-lagi yang muka sombong
rapper tu. Kalau jumpa depan-depan boleh jadi bisu aku.
Disebabkan
teruja aku dah lupa nak inform family aku yang dah selamat sampai kat sini.
News pun dah banyak aku tak update. Kesian kat family aku mesti risau bukan
main. Buka FB, berlambak notis dengan komen. Kawan yang baru add pun banyak
juga. Bila check kawan-kawan Linda pula yang sibuk nak add jadi kawan. Parents
aku dah happy bila tengok aku update, suruh aku jaga diri, jangan buat perangai
bila nampak artis yang aku minat.
Ehhh…macam tau je apa yang jadi. Hehe buka Twitter pula pun banyak mention. Dok
sebok tanya aku dah jumpa sapa je artis kat sini. Kalau update pasal apa yang
jadi kat airport mati aku…lagi kalau fans tau. Eh jap, Yongguk macam ada
mention something je pasal kat airport. bila aku stalk profile dia, tweet pagi
kelmarin. Maksudnya lepas apa yang jadi..OH NO! What the….!! Dia update siap
dengan gambar….
@BAP_Yongguk
something came up, and this is what I got. Chocolate taste sweet just like
her. pic.twitter.com/okbTnjksh
Bila aku klik gambar tu, aku terus
geleng-geleng kepala, tau kenapa? Yongguk post gambar coklat yang aku bagi
tu..ohooo apa yang dimaksudkan dengan ayat last tu. Dia tak maksudkan aku kan.
Waaa~~!!! Apa ni? Aku dah jadi tak keruan Nampak tweet dia tu. Nak je aku tweet
tanya tu coklat dari aku ke, tapi batalkan niat, bila nampak banyak fans yang
reply dah meroyan tanya siapa yang dimaksudkan dengan ‘her’ tu. Linda dengan
excited terkinja macam monyet, bila aku bagi tengok tweet tu. Eh budak sorang
ni bukan nak bagi aku tenang, buat aku lagi paranoid ada la. Bahaya macam ni..
nasb aku dah selamat sebab dah lari dari insiden tu. Ah, biarla. Yongguk saja
je nak bagi Babyz jeles. Aku cool down diri sendir. Buat tak nampak je.
@mayra911219 In Korea now..I love
being here..But I miss Malaysia :)
Kurang dah aku tweet sekarang ni. Stalk
Beast la pula. Budak berenam ni pun makin dah sibuk sejak comeback ni ke sana
sini. Terfikir dapat lagi ka jumpa dorang? Rindu sangat nak datang konsert
dorang. Bila baca info kat Cube, baru tau dorang bakal buat konsert special
menjelang Krismas nanti
.
Kira hari, tengok calendar, oh aku
masih kat sini lagi, sempat kot nak join konsert ni. Masa untuk bertindak,
check details, harga tiket..zuupp! dengan pantas je aku dah beli tiket konsert
untuk dua orang, maksudnya aku dengan Linda la yang pergi. Hehehe tapi sekarang
baru nak masuk Disember. Musim sejuk dah bermula, nak ajak Linda jalan lagi dia
dah mula sibuk balik dengan kelas. Dapat cuti pun dua hari je untuk bawa aku
keluar dengan ambik kat airport hari tu. So, aku fikir kali ni nak keluar
sorang, takda masalah kot. Aku dah tau jalan sikit, tanya orang je kalau takut
sesat. Plan nak keluar gi Myeongdong konon nak check album apa yang latest kat
sana. Datang sini memang buat aku rambang mata, dengan macam-macam yang dijual,
baju la, itu ini la. Fikirkan balik, nanti banyak bajet lari kalau stay lagu
lama aku decide nak pergi tempat lain lagi. Aku just beli mafla je untuk lilit
kat leher sebab lupa bawa tertinggal kat rumah. Berjalan sampai aku sedar aku
kat area Cube Café. Rasa nak singgah jap nak minum kopi, lagipun tengok kat
dalam tak banyak orang pun.
Memandangkan aku ada bawa laptop
dengan buku kesayangan, boleh la lepak kejap. Dalam hati aku terfikir, untung
pekerja yang kerja kat sini, sebab kadang-kadang ada je event yang papa Hong
(CEO Cube Entertainment) buat kat sini. Selalu buat birthday party, artis-artis
dorang pun ada je selalu turun lepak minum kat sini. Rasa-rasa bertuah tak aku
hari ni? Hehe dah senyum sorang, aku mula fikir yang mengarut. Tengah sibuk
mengetuk jari kat laptop, aku terfikir juga berangan kalau dapat sambung study
kat sini. Target university aku yang pertama mestila Konkuk university. Boleh
study satu tempat dengan Linda. Dengan Son Nam Shin. Hah kan dah mula merepek.
^^
Aku check kat web Konkuk tengok
details course yang ada, aku rasa aku dah boleh buat pilihan. Tapi nak tanya
parents dulu boleh tak nak sambung study kat sini, tapi mesti bagi punya la..
hehe dorang tau perangai anak dorang ni macam mana. Alhamdulillah, dah contact
dengan dorang, terus dapat green light. Tapi masih tak confirm dengan kursus
apa yang aku nak ambil, nak sambung dengan last course aku ambil ada je
bahagian komunikasi dan media kat sini. Tepuk-tepuk tangan aku terus kat sini,
sampai pekerja kat kaunter tu pelik aku dah kenapa ketawa, tepuk tangan
sorang-sorang. Keterujaan dah tahap climax, buat aku tak endah je keadaan
sekeliling. Ada je costumer yg gelak-gelak, aku tepuk tangan je nak heran. :P
Sampai la aku perasan keadaan kat
luar café agak bising dengan suara menjerit-jerit. Aku tengok dari tingkat
nampak ada beberapa budak perempuan dengan kamera di tangan kat kat luar tengah
berlari-lari kea rah pintu masuk, aku pun pelik sapa la pula yang datang masa
sekarang ni? isshh.. nak je aku gigit sorang-sorang suh diam, kacau daun betul
nak sembang. Tapi bila ingat yang aku kat mana terus tak jadi. Lagi-lagi tau
perangai fans ni macam mana bila dah jumpa artis. Aku buat bodoh je sebab
tengah asyik skype dengan parents aku dan suara aku pun tenggelam timbul je
sebab yang kecoh-kecoh ni. Akhirnya senyap juga suara bebudak yang tengah
meroyan tu boleh dah tarik nafas lega sambung borak balik.. tapi parents aku
dah log out, hurmm tak sempat nak buat aegyo. Hahaha
Aku tengok fans semua dah
menghilang dah, tak pula masuk dalam café ni. Aku pun pelik mungkin Cube bagi
notis kat larangan untuk stalk artis sampai dalam. Bagusla tu. Artis pun ada
privasi nak minum-minum kan. Dan mata aku terlekat kat meja depan betul-betul
depan aku sekarang. Ko mimpi ke Mai? Ko tak salah tengok kan? Rasanya impian ko
dah jadi kenyataan..sebab..si dia yang ko dok tengah angaukan ni sekarang kat
depan mata. Yes..It’s Junhyung..with Dujun now in front of me. Junhyung tengah
duduk menghadap aku pula tu. Alamak nervous nyaa….kawal diri Mai…please. Ah
sudah masa ni pula perut yang tak selesa buat hal suruh gi tandas. Habis
barang-barang aku sapa nak jaga? Nak suruh budak kaunter jauh juga dari meja
aku duduk sekarang. Nak minta tolong sapa ni?? Harapan aku sekarang ni budak
dua ekor ni je. Tapi berani ke nak tegur? Nanti diingat aku stalker dorang pula
minta sign. Sign apa benda, album pun aku tak bawa. Nature call dah tak boleh nak
ditahan lagi. Terpaksa Mai. terpaksa minta tolong dengan dorang juga. Macam mana
nak mula ni? Ok…tarik nafas..fuuhh.
Err…excuse me? ah sudah dah agak
dua ekor ni pandang aku semacam je. Dah dengan si muka sombong ni endah tak
endah je dengan aku. Lantak la.. Nasib Dujun ok bagi attention kat aku. Memang
ko leader yang baik Dujun..hehe
Err…minta maaf la ganggu kejap,
tapi bukan niat nak kacau tau. Bukan nak minta sign, sebab saya tak ada album
kat tangan sekarang nak minta sign. Dua-dua buat muka terkejut..huh memang
ingat aku nak minta sign la tu! Eeihhh dujun dok angguk je, yang si joker pula
tak lari dengan coke kat tangan. Oh, boleh cakap Korea, ingat orang luar
foreigner tadi. Bahasa Korea awak bagus. Ya, ada apa? Akhirnya dengar juga
suara dujun live depan-depan tanpa mic hahaha heavennyaaa~~~ eh…nampak ke muka
foreigner kat sini? Ah sebab ada cop kat sini eh? Aku selak bangs aku kat dahi
tunjuk kat dorang. Dujun dah gelak macam pula aku badut tengah buat lawak.
Pakcik sorang tu diam je tapi tengok juga kat aku. Macam ni, saya nak gi tandas
kejap, ada hal kan…hehe tapi masalahnya, meja saya jauh dari kaunter nak suruh
orang kaunter tolong tengokkan. Jadi korang jela harapan saya tolong tengookan,
sebab saya bagi tinggal laptop kat sana, boleh tolong jagakan kejap tak? Atau
pun tolng tengok dari sini je pun boleh. Boleh la…eihh aku dah ketahanan sangat
dah ni. Lambat betul nak angguk kepala. Okay, boleh tapi tolong bayar minuman
kami ye. Junhyung tiba-tiba menyampuk. Eh bercakap juga akhirnya? Ingatkan
sebelah Dujun tu patung. Nak je aku cakap macam tu. Tapi dah urgent sangat aku
bow je terus blah gi tandas.
Ahh…lega pun. Ko kan perut,
masa-masa ni la sibuk nak buat hal? Beast ada kat sini tau!! Walau pun bukan
semua, masa ni la kacau daun nak meragam. Sambil tampar pipi tapi macam tak
percaya je dapat cakap dengan Dujun.hihi eh dah setel, dorang pun mesti ingat
aku ni suka hati je suruh dorang kan. Aku terus gi kaunter bayarkan minuman
dorang. Si gedik sorang tu punya pasal kan, nasib la aku suka kau tau Junhyung,
sebab tu aku bayarkan. Balik je kat meja aku, Dujun pula tengah duduk kat
kerusi aku jagakan laptop..alololo sweetnya kau ahjussi. Aku suruh tengokkan
dari meja korang je. Tak payah susah-susah duduk kat sini. Dujun terkejut aku
tiba-tiba datang dari belakang. Hihi sorry buat terkejut, terima kasih tolong
jagakan sambil bow aku cakap kat Dujun.
Boleh join tak? Junhyung datang
bawa minuman dia dan Dujun kat meja aku. Belajar kat sini ke? Nampak web Konkuk
kat sini. Dah mula dah Dujun punya perbualan sambil pointing kat laptop aku.
Aku lucky girl ke hari ni??jumpa dorang, dah tu boleh pula nak bersembang
semeja. Aku tak selesa tapi orang tak ramai sangat, fans kat luar pun tak ada
aku angguk je setuju. Rezeki ni~~!aku nak je lompat laju-laju. Oh…ahh dalam
perancangan sebenarnya. Baru je habis belajar, datang sini bercuti tapi sebab
niat belajar masih ada, rasa nak apply pula. Lagi pun ada course yang dah tarik
perhatian kat sini. Ok dalam waktu yang singkat ni aku dah boleh geng dengan
Dujun, kongsi topic..weeuuhh..memang macam mimpi. Junhyung pun menyampuk
kejap-kejap. Oh study apa? Dari mana? Nama apa? Okay dujun ni banyak tanya
sebenarnya. Jawab la satu-satu soalan dia ni. Nama saya Hika Mayra (tak bagitau
nama sebenar pun), panggil Mayra je, dari Malaysia. Sebut je Malaysia, terus
automatik sate dengan laksa keluar dari mulut dorang. Haha funny! Dorang masih
ingat nama makanan kat Malaysia. Terharu aku. Aku bagitau la sebelum ni study
journalism, dan ingat nak sambung Master dalam bahagian media juga. Dorang
tepuk-tepuk tangan pula, aku pelik. Junhyung pun dah mula ringan mulut tanya
itu ini, sekarang ni stay kat mana. Dah pula aku yang rasa tak selesa. I mean,
baru je jumpa dorang, tak nafikan aku memang fangirl tapi tak expect akan macam
ni takdir aku jumpa dorang.
Aku tak jawab pun tinggal kat mana.
Ahaha aku yang patut tanya dorm dorang kat mana, nanti boleh stalk
dorang.lalala eh tak. Aku just mention yang aku memang hardcore dorang, I’m a
B2uty, tapi dorang macam tak percaya sebab aku tak jerit bila nampak dorang.
Mau tak jerit sebab aku dah speechless ni.. ehh kena la kawal diri kang jadi
penyakit. Ketawa lagi bila dengar jawapan aku. Hurrmm ni rupanya Beast bila off
stage. Senang sangat nak gelak. Sebab tu la aku sayang dorang. Dah borak lebih
sejam, akhirnya berambus juga kami dari café. Dorang ada photoshoot lepas ni,
jadi kena ready awal. Dan aku pula memang nak balik sebab nak masak untuk
Linda. Sekali lagi dorang terkejut bila aku bagitau aku dah bayarkan minuman
dorang, free je Junhyung kena lastik kat kepala oleh Dujun.haha ingat nak
main-main dengan aku kan. Tak apa. Saya belanja, sebab 1st time
dapat borak dengan idol kegemaran saya. Lain kali, saya bayar balik. Eh berani
pula Junhyung cakap macam tu. Aku dah blushing sakan ni sambil geleng. Aku
mampu senyum je sambil lambai tangan kat dorang. Eh cubit pipi, sakit! Bererti
real la kan? Betul-betul jumpa Beast. Ya Allah..Syukur rezeki dapat jumpa
dorang kali ni. Tapi tu la yang bukan rezeki nya nak minta sign dorang. Lain
kali Mai…Ada masa lagi.
Well, rasanya hari ni ada lagi
kisah yang perlu dicatat dalam blog, dan diari kesayangan aku. Ehehe Linda jeles
tahap cipan bila baca blog yang aku tulis lepas kami makan. Rezeki ko
mencurah-curah kat sini Mai, datang Korea dah ada artis yang ko jumpa. Aku tak
tau la bila aku dapat jumpa dengan idol aku Big Bang. Ada je kerjasama dengan
dorang buat iklan, tapi belum bertuah lagi nak jumpa dorang face to face. Aku
jeles tau dengan ko ni! Eeiii! Hoi sakit la pipi aku..makin la tembam macam ni.
Ala sabar..bukan masa yang sesuai ko nak jumpa TOP kesayangan ko tu. Sabar
eh..nanti kita gi konsert dorang tau..tau.. tapi krismas nanti pastikan ko tak
sibuk, sebab aku dah booking ko teman aku tengok konsert Beast. Linda tak boleh
nak kawal diri siap peluk salam cium tangan lagi sebab bagi dia good news.
Sayang ko Mai..Beast pun Beast la..janji gi konsert lagi..It’s been a long
time, right? Aku harap ada lagi kisah menarik yang jadi, yang boleh aku tulis
dalam blog.
Aku check beg yang aku guna tadi
ingat nak sambung buat lirik lagu..eh mana pula buku aku ni? Eh aku bawa kan
tadi..tercicir kat mana pula?? Ah sudah..!! Buku kesayangan aku. DAMN! Hah tak
pasal-pasal mencarut. Hilang kat mana pula? Jangan-jangan…Cube Café! Oh tidak…
Linda!!! Aku keluar kejap tau..aku nak gi ambik barang aku yang tinggal…
Oh ya ni poster untuk fanfic ni. kalau tak cantik diamkan je
*maaf la sebab saya tak pandai nak buat poster*

No comments:
Post a Comment