BAB 1
Hal yang terindah yang berlaku dalam hidup. Belajar
peringkat ijazah dah selesai. Aku dah berjaya dapatkan scroll ijazah aku di
usia 23 tahun. Alhamdulillah. Permohonan untuk bekerja dalam proses, tapi
sementara tunggu panggilan kerja aku nak tenangkan fikiran dulu la. Perancangan
untuk kerja sebenarnya sekejap je mungkin dalam setahun sebab aku masih kemaruk
nak sambung pelajaran. Semangat sangat nak belajar. Lepas ni nak sambung
peringkat Master pula. Insha Allah. Semuanya dalam perancangan yang masih
sedang berusaha untuk menjadikannya kenyataan.
Dan yang lagi best bila parents aku
bagi hadiah percutian ke Korea memandangkan anak kesayangan mereka ni dah habis
belajar. Oh sukanya..aku sayang mereka. Tapi bercuti sorang-sorang. Eh dorang
tak risau ke? Aku okay je kalau nak suruh travel sorang, sebab dah besar kan. Hehe.
Taklah, memandangkan ada kawan dari Malaysia juga yang aku kenal belajar kat
Korea, dia dah setuju nak tolong jadi tour guide sepanjang aku bercuti sebulan
di sana nanti. Wah! Sebulan kau! Habislah liat hati aku nak balik Malaysia
nanti.
Linda
Samad yang merupakan kawan aku kenal bila buat praktikal sebelum ni kat company
advertising sekarang di Korea sedang belajar dan sambil bekerja di satu company
media di sana. Minah sorang ni la masa zaman praktikal memang selalu melekat
dengan dia sampai gelaran budak office bagi kat kami ‘Kembar Kpop’. Sebabnya kami
berdua memang ada connection sama-sama minat Kpop walaupun berbeza artis.
Rezeki sampai awal kat dia bila dia dapat tawaran belajar untuk ijazah kedua
dalam bidang Hubungan Antarabangsa kat Universiti Konkuk. Eh tu kan tempat
Dongwoon ahli Beast belajar? Ye..memang betul la tu. Sebab tu sedikit cemburu
sebab janji nak sambung belajar sama-sama kan. Tapi aku cool je. Bila dah jauh
tempat kami berhubung guna Twitter, Skype dan yang paling aku senang dengan
Linda ni walau sesibuk mana dia belajar dengan kerja dalam masa yang sama,
tumpuan dia tak terganggu walaupun Kpop dating menggoda. Boleh focus kot. Tabik
spring dengan dia ni dan dia juga la yang selalu teruja tanya bila aku nak datang
Korea sebab dah rindu nak makan masakan aku. Hehe penangan air tangan anak
Ahmad ni. Memang sekali rasa buat rindu nak rasa lagi. *puji diri kejap*
Esok
dah nak fly, barang semua dah siap packing, macam-macam dibeli bekal untuk
sebulan tinggal di Korea nanti. Yang penting baju sejuk tak lupa, sekarang walaupun
musim luruh di Korea tapi musim sejuk akan berganti lepas tu. Boleh la main
salji nanti kan… Baju-baju entah berapa helai aku sumbat masuk aku tak perasan,
barangan makanan terutama sekali makanan Malaysia yang bakal aku rindu nak
makan nanti. Diam-diam ni aku seludup bawa masuk belacan, sambal cili yang dah
berbalut tebal dalam kotak. Hehe Linda mesti melompat macam monyet nanti bila
tau aku bawa sambal cili sebab dua-dua kami ni gila pedas. Selagi bibir comel
ni tak kemerahan selagi tu tak ummphh.. Apa lagi barang dah setel? Pakaian,
checked. Makanan, mee segera, minuman packet (Milo/Vico/Teh) checked. Laptop,
kamera, MP3, checked. Benda-benda lain dokumen penting, passport semua pun dah
setel kat bag galas. Ringkasnya, aku bawa 1 beg bagasi besar, 2 kotak yang
penuh dengan makanan, 2 beg spare takut balik Malaysia nanti barang bertambah
sebab orang rumah, kawan-kawan kat sini banyak yang kirim. Dah nasib Mai, ko gi
bercuti tapi macam nak gi memborong barang. Hihihi
Perjalanan
dari tempat aku ni nak ke Korea jauh sangat. Kalau fikir travel dari Kuala
Lumpur ambik masa 6 jam je. Tapi memandangkan aku dari Kota Kinabalu, dah
alang-alang ada flight terus ke Incheon, Korea naik Korean Airlines, tak perlu
la aku nak transit kat KL lagi. Dan nampaknya punggung aku kena bertahan duduk
di kerusi kapal selama 10 jam. Mak aih.. Sengal la belakang aku.. Sabar ya
Mai.. nanti dalam kapal ko tidur la. Bangun nanti dah sampai. Hatiku berbisik.
Ini
adalah panggilan pagi pesawat KE674 ke Incheon Korea, sila berada di pintu 10
sekarang, terima kasih. Panggilan yang bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu (KKIA).. Ya itu dia panggilan masuk untuk flight aku. Aku ni nak
pergi bercuti je tapi yang menghantar gi airport macam 1 kampung.ish3.. Nanti
sampai sana jangan lupa bagitau, buat roaming ka boleh call kami di sini, atau
pun update bagitau di mana buat apa, okay..blablablaa.. Ok parents aku dah mula
bermukadimah dengan ayat panjang.. ayah aku la paling risau tu tak pernah lagi
anak dia ni berjalan jauh sorang tapi aku dah yakinkan aku okay, tak payah nak
risau sebab ada kawan kat sana. Peluk aku macam tak nak bagi lepas..eehh aku bercuti
sebulan tapi emosi terlebih dorang ni. Aku senyum sendiri je tengok gelagat
masing-masing bila dah masuk balai pelepasan. Padahal dalam hati sedih juga
dorang tak join aku sekali boleh tambah pengalaman.
Dalam
kapal ni, aku rasa selesa walaupun memang rata-rata penumpang kapal ni adalah
orang Korea yang ulang-alik dari KK-Korea atau pun vice versa. Pengumuman
keselamtan pun dalam Korea dan English. Keadaan kapal yang memang sangat puas
hati, Tak risau sebab pihak pengurusan Korean Air tau penumpang mereka
kebanyakannya Muslim, jadi makanan halal ada disediakan tanpa alcohol atau yang
boleh meragukan. Ni pun lepas dapat sumber info dari kawan-kawan ayah aku yang
selalu jadi penumpang tetap flight ni. Syukurlah.. Tahap Korea aku pun Alhamdulillah
setakat ni dah banyak peningkatan. Aku boleh sembang dengan ahjumma (makcik)
yang duduk sebelah ni dengan yakin. Walaupun aku sebenarnya takut nak tegur.
Perjalanan
sepuluh jam yang memenatkan, bila mata dah berat, telinga pun dah hanyut
melayan lagu Kpop, akhirnya aku terlena dengan senyuman di bibir. Korea,
akhirnya aku datang.
Nice... hehe, keep going. Lain kali ajaklah kakak g korea ar.. hihi
ReplyDelete