Followers

03/09/2014

KISAH KITA...kebetulan? Bab 7

Bab 8


Dalam tak sedar hari ni merupakan hari terakhir aku di sini dan malam esok aku akan bertolak semula balik ke KK. Tapi bukan lama sebab 3 minggu kemudian datang balik ke sini sebagai seorang pelajar. Ya aku kembali menjadi seorang pelajar yang menyambung ke peringkat Master di Konkuk University.

Dah habis bincang dengan parents, aku menukar kursus dari komunikasi ke sains politik. Mungkin disebabkan aku suka dengan suasana politik (dan hiburan) tapi tak ada rezeki lagi nak jadi wartawan hiburan kalau tak boleh menempel temubual artis. Haha

Dah seminggu tak jumpa si Jun, nak ucap selamat tinggal pun tak sempat sebab dorang dah mula sibuk dengan comeback. Urusan dengan Jeannatte Unnie pun dah selesai dan 3 orang calon dah lulus untuk jadi newscaster di produksi  MBC. Jadi tak perlu risau lagi untuk tinggalkan unnie walaupun aku tau dia berharap aku jadi salah seorang juga untuk jawatan anchor. Hurmm tak minat nak buat macam mana kan.

Hari ni perancangan nak ke Myeugdeong nak beli barangan kecantikan untuk keluarga. Dari semalam handphone tak senyap asyik bunyi je tanda notification berlambak masuk. Dari mesej Whatsapp, mention di Twitter, siap tinggalkan mesej di Facebook dari mak la, kakak, sepupu, kawan tak tinggal pensyarah yang masih berhubung dengan aku sibuk nak kirim produk Etude House dengan Nature Republik.

Eh..ni mesti pengaruh dari Shinee dan EXO sampai terjebak kat kenalan aku. EXO, masih rookie tapi pengaruh dah tahap global sampailah anak buah yang Darjah 4 pun boleh layan lagu2 dorang ni.

Ayunan langkah seorang diri tak merisaukan dan yang mengejutkan aku boleh sampai tanpa sesat dan tanpa bantuan petunjuk dari Linda. Tu orang kata kalau dah niat disertakan semangat yang berkobar2, hanya berpandukan navigation apps dari handphone membuktikan aku selamat sampai dan sekarang tengah menikmati secawan kopi dan truffle caramel with chocolate chips di Kafe Purple Coffee.

Mungkin ada yang pelik bila tengok aku lepak minum kopi sorng diri, dengan beg plastic penuh kiri kanan (7 beg plastic penuh dengan kosmetik/beauty care) mesti la ada yang tertanya kan mana boyfriend? Namja chingu tak ikut ke? hee tapi itu lah antara ayat yang aku dengar dari meja sebelah yang asyik pandang.

Rasa tak selesa yang teramat buat aku nak berambus je cepat dan habiskan semua truffle tu laju2. Tapi belum sempat aku nak bangun dari kerusi, baju dan tangan dah banjir dengan tumpahan secawan mocha yang PANAS. Okay ni yang aku panas juga ni. Kat baju takpe lagi sebab pakai baju tebal tapi yang kat tangan tu tak boleh tahan. Bila aku check, tangan dah kemerahan dan ada sedikit darah mengalir di celah jari.

Ohoooooo~!! Apakah ini semua? Aku masih menunduk memandang tangan yang berdarah dengan serpihan gelas di lantai.

“Excuse me. I’m sorry”. Aku dengar suara seorang lelaki bersuara dalam. Eh macam pernah dengar. Jangan cakap itu memang dia. Badan pula dah macam terkena renjatan elektrik bila tangan yang luka tu ditarik dan dibalut sapu tangan.

Eh apa ni? Tak pasal tersasul cakap Melayu dan dia yang tengah mengelap tangan pula masih tak angkat muka. Yongguk? Aku terkedu dan memang dialah orangnya! Kebetulan ke jodoh ni? Aku dah mula rasa cuak dengan jantung pula tiba-tiba hilang kawalan berdegup laju takde break. Aku pantas menarik tangan yang sedang dipegang. “auchh! Appa yeo~!

Suasana kafe yang senyap tambah merimaskan dengan pandangan serong dari meja berdekatan. Aku lantas menunduk meminta maaf dan cepat2 berlalu dari kafe tersebut dengan tangan yang penuh di kiri dan kanan.


******

Angin sepoi-sepoi di rooftop apartment ni menenangkan dan menyejukkan jiwa yang panas tadi. Malu yang teramat tapi nak salahkan Yongguk seratus peratus pun tak boleh juga. Mungkin salah aku juga letak barang yang berlambak kat bawah kerusi tak pasal2 dia tersadung tapi tak terjatuh yang jatuhnya kopi tumpah kat aku, tangan pula luka.

Aku mengusap2 tangan yang masih mengalir darah tu walaupun dah tak sederas tadi sebab darah kat badan ni jenis mengalir laju risau pula aku kekurangan darah nanti. Bestnya rasa angin ni. Aku hanyut ke alam mimpi sambil mendengar lagu dari Ipod kesayangan.

“Gwenchana?” aku tersedar bila dengar suara yang terasa dekat di telinga. Aku membuka mata dan terkejut melihat Yongguk sudah duduk di sebelah aku sambil memegang earphone aku dan tersenyum.
Haih gummy smile dia ni boleh buat aku melayang bila2 masa. Aku hanya mengangguk tapi sekali lagi tangan aku dicapai olehnya tanpa sempat aku menahan.

“Aku tolong sapukan ubat. Darah tu mesti masih mengalir tadi kan,” dia berkata sambil membuka sebotol antiseptic dan aku tengok tangan yang berbekas darah sudah kering dan hanya mengangkat bahu.

“Mianhae. Tak sengaja tadi sebab fans ramai kat belakang. Tak tau pula ada yang kenal kat situ,” dia menyapu perlahan krim ubat di tempat yang luka dan membalut dengan plaster comel.

“Boleh, dengan syarat nyanyi untuk saya.” Aku boleh pula demand minta yang bukan2. Alah setakat nyanyi, tak kisah la sumbang ke tone lari ke bukannya aku pakar muzik nak judge. Oh lupa dia ni rapper mesti susah nak nyanyi. “eh gurau~”

Yesterday, all my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
oh, I believe in yesterday

Suddenly I'm not half the man I used to be
Theres a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly.

Why she had to go?
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday.

Yesterday love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday.

Why she had to go?
I don't know, she wouldn't say
I said something wrong
Now I long for yesterday.

Yesterday love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday...

Lagu evegreen favourite aku! Aku terdiam mendengar suara yang sedang menyanyi di sebelah. Aku berpaling dan melihat dia menyanyi sepenuh hati dengan mata tertutup. Entah kenapa aku dapat rasakan yang lagu itu ditujukan untuk seseorang. Yang mungkin dirindui. Hati aku terusik dengan penyampaian tu dan aku terikut menyanyi sekali tanpa sedar.

Habis nyanyian aku melihat dia menggaru2 pipi dan tersengih macam kera dapat bunga. Haha aku samakan Yongguk dengan kera ish kejam pula. Aku hanya ketawa dan perlahan2 aku sentuh pipinya tanpa sedar mungkin disebabkan dia terlihat sangat comel masa tu. Dia pula hanya biarkan kegatalan tangan aku yang mula merayap hingga ke bibir yang menghasilkan gummy smile tu.

Titisan hujan yang mula menitis di rooftop tu menyedarkan aku ke alam realiti dan cepat aku menarik kembali tangan yang mengada2 tu. Astagfirullah! Godaan syaitan betul! Aku mencubit2 tangan dan jari dan kedengaran ketawa Yongguk yang menyuruh aku berhenti.

“Tak pasal2 tangan yang kena cubit, kalau nak pipi ni boleh je dicubit,” dia halakan pipi ke arahku dan cepat2 aku bangun takut kalah dengan godaan lagi.

“Jom turun bawah, hujan ni nanti sakit,” aku menarik topi jaketnya yang dapat ku capai dan kami sama2 berlari ke arah pintu untuk masuk ke ruangan lif. Dua2 nya diam dan hanya bunyi lif kedengaran turun dan terbuka bila tiba di tingkat 12.

Tak menunggu lama, aku bow ke arah Yongguk tanpa melihat langsung muka dia. Ni dah kes malu tahap gaban sampai muka pun aku tak sanggup nak tengok bila ingat kejadian tadi.
“I like you, Mayra” Yongguk berbisik setelah pintu lif tertutup kembali

1 comment: